8.10.2010

Assalamu’alaykum Wr. Wb.
Dengan menyebut nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ramadhan kembali hadir menyapa kita semua .. umat Islam di bumiMu ya Rabb .. kali ini aku mencoba mengambil tema “Normalisasi Diri” .. hehehe.. banyak terinspirasi & termotivasi dari tausiyah yang disampaikan oleh ust. Subekti, Lc .. btw anyway hikmah yang ingin disampaikan oleh ust. tsb. Adalah “mengembalikan manusia pada jalur yang sebenarnya (tracknya), bulan ‘normalisasi diri kita sebagai hamba Allah swt.’ .. QS. Adzaariyaat: 56. (track hidup seorang muslim). Walaupun dalam sehari2 kita akan kita temukan adanya penyimpangan2, Ramadhan akan mengembalikan Jatidiri seorang muslim.
QS. 2:183 “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”


<>

Memberikan pengendalian diri didalam diri kita.
“Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, kami akan memberikan kepadamu Furqaan[607]. dan kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni (dosa-dosa)mu. dan Allah mempunyai karunia yang besar” QS. Al Anfal: 29
[607] artinya: petunjuk yang dapat membedakan antara yang Haq dan yang batil, dapat juga diartikan disini sebagai pertolongan

Melahirkan manusia-manusia bertaqwa kepada Allah maka dialah sebaik2nya manusia ..
“Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal”

daya tarik Ramadhan
Acara / Siaran di televisi semua dikemas dalam nilai2 islam .. normalnya demikian.. (Infoteintment yang isinya ghibah .. tidak normal).
Pada bulan Ramadhan semua diskotik, bar, tempat2 hiburan karoke .. semuanya di blockir ..
Dan normalnya memang demikian ..

Malam pertama Ramadhan .. Mesjid2, mushola2 mendadak jadi penuh, luar biasanya sholat subuh yang biasa kurang diminati mendadak menjadi penuh. Shalat pada bulan Ramadhan tepat waktu, pengendalian diri yang luar biasa. Kecintaan orang kepada alqur’an juga meningkat. Pada bulan Ramadhan tilawah kita menjadi meningkat pesat .. sahabat Rasulullah saja yang paling malas untuk tilawah bisa menyelesaikannya dalam waktu 10 hari 1x khatam (itu yang paling malas, toe::), sedangkan yang rajin selesai dalam waktu 3 hari 1x khatam .. wew, subhanallah .. 3 hari karena Rasulullah terus melarang hingga batas 3hari. Beliau mengatakan tidak, kamu punya pekerjaan yang lain. Sahabat2 seperti bintang dilangit ..

Sesuatu yang sudah kita perbaiki harus dipelihara sebaik2nya .. keistiqohan yang diberikan pada dirikita .. ketaqwaan itulah yang wajib dipelihara .. sehingga kita menjadi manusia yang normal sebagai hamba Allah swt. Semoga kita menjadi Orang2 yang tertaqwa dan orang2 yang terbaik disisi Allah swt. Amiin.

Beberapa 'Checklist' Amalan di Bulan Ramadhan yang berhasil aku copas (hehehe..) dari blog temen yang juga dicopasnya dari www.iLuvislam.com, dihantar oleh: easya, dengan editor: everjihad

Mungkin bisa dijadikan referensi disamping referensi lainnya.

4.00 pagi
1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:
“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”
2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi
1.Shalat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas shalat, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Shalat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas shalat, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Shalat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Shalat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan shalat witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi
1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.

7.00 pagi
1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.
3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi
1.Shalat sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.
2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja

12.45 tengah hari
1.Bersiap untuk solat Dzuhur.
2.Menunggu waktu shalat dengan berselawat. Shalat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga shalat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai shalat sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 petang
1.Bersedia untuk shalat Ashar.
2.Shalat Ashar berjemaah. Laksanakan juga shalat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai shalat sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

5.30 petang
1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 petang
1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :
“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

8.00 malam
1.Shalat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan shalat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 malam
1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :
"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

Sekian sahaja dr ana kali ini,moga2 post kali ini sedikit sebyk memberi panduan buat kalian semua utk amalan pada bulan yg mulia ini.Buat pembaca,Selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat mengerjakan ibadah tarawikh. Semoga kita bersua lg.Dan semoga setiap yg kalian semua lakukan dirahmati ALLAH s.w.t. Aamiin.


Qt berdoa semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya dan Ramadhan akan datang lebih baik dari Ramadhan kali ini. Amiin ya Rabb ..
Note :
• Untuk waktu tidak mutlak dapat berubah sesuai sikon yang ada.
• Tambahan .. sisihkanlah zakat, shadaqoh dan infaq
• Ceklist ini kubuat sebagai sarana untuk membantu diri ini menjalani Ramadhan dengan penuh khidmat .. semoga Allah memberkahi ..
• Catatan ini diriku buat dengan penambahan redaksi pribadi, so .. mohon maaf .. jika ada kekhilafan didalamnya .

“Maha suci Engkau ya Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Engkau. aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.”

Sekian,Wassalamu’alaykum Wr. Wb.